PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG
CABUTAN AKTA 172 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976
BAHAGIAN IV-PENGAWALAN DAN PERANCANGAN
PENGGUNAAN TANAH DAN BANGUNAN
18) 1. Tiada seorang pun boleh menggunakan atau membenar digunakan sesuatu tanah atau bangunan melainkan dengan menurut rancangan tempatan.
LARANGAN MENGENAI PEMAJUAN TANPA KEBENARAN MERANCANG
19) 1. Tiada seorang pun, lain daripada pihak berkuasa tempatan, boleh memula, mengusaha, atau menjalankan apa-apa pemajuan melainkan kebenaran merancang berkenaan dengan pemajuan itu diberi kepadanya di bawah seksyen 22 atau dilanjutkan di bawah sekseyn 24(3).
LARANGAN MENGENAI PEMAJUAN YANG BERLAWANAN DENGAN KEBENARAN MERANCANG
20)
- Tiada seorang pun boleh memula, mengusaha, atau menjalankan apa-apa pemajuan lain daripada yang menurut kebenaran merancang yang diberi kepadanya di bawah seksyen 22 berkenaan dengan pemajuan itu atau syarat-syarat kebenaran merancang itu.
PERMOHONAN UNTUK KEBENARAN MERANCANG
21)
- Sesuatu permohonan untuk kebenaran merancang berkenaan dengan sesuatu pemajuan hendaklah dibuat kepada pihak berkuasa perancang tempatan dan hendaklah mengikut bentuk dan mengandungi butir-butir dan disertakan dengan dokumen-dokumen, plan-plan, dan bayaran-bayaran yang ditetapkan.
- Jika permohonan itu bukan pemunya tanah yang diatasnya pemajuan hendak dijalankan, persetujuan bertulis pemunya tanah itu kepada pemajuan yang dicadangkan itu hendaklah diperolehi dan dicatitkan dalam permohonan itu.
- Jika pemajuan itu melibatkan pendirian sesuatu bangunan, pihak berkuasa perancang tempatan boleh memberi arahan-arahan bertulis kepada pemohon itu berkenaan dengan mana-mana daripada perkara berikut, iaitu :
(a) aras tapak bangunan itu;
(b) garisan bidang hadapan dengan bangunan-bangunan yang berhampiran;
(c) penaikan bangunan itu;
(d) iklas, rekabentuk, dan rupa bangunan itu;
(e) menganjak ke belakang bangunan itu ke suatu garisan bangunan;
(f) laluan ke tanah itu di atas mana bangunan itu akan didirikan; dan
(g) apa-apa perkara lain yang difikirkan perlu oleh pihak berkuasa perancang tempatan bagi maksud-maksud merancang
(3) Pemohon yang diberi sesuatu arahan bertulis di bawah seksyen kecil.
(4) Hendaklah meminta rancangan yang disampaikan dengan permohonannya itu dengan sewajarnya adn menyampaikan semula rancangan itu dalam tempoh atau tempoh lanjutan yang ditentukan oleh pihak berkuasa perancang tempatan.
(5) Jika rancangan itu tidak disampaikan semula dalam tempoh yang ditentukan atau tempoh lanjutan yang ditentukan oleh pihak perancang tempatan.
(6) Jika pemajuan yang dicadangkan itu bertempat di kawasan yang berkenaan dengannya tidak ada rancangan pemajuan pada masa itu, maka, setelah menerima permohonan untuk kebenaran merancang, atau jika arahan-arahan telah diberi di bawah seksyen kecil(3), arahan-arahan itu, pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah, dengan notis secara bertulis, yang disampaikan kepada pemunya-pemunya tanah yang bersempadan dengan tanah yang dimaksudkan oleh permohonan itu, memberitahu mereka akan hak mereka untuk membantah terhadap permohonan itu dan untuk menyatakan alasan-alasan bantahan mereka dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh notis disampaikan
SENARAI SEMAKAN PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG KELULUSAN PERANCANGAN
- Salinan Surat Perlantikan Jurukur/Arkitek/Jururancang
- Carikan Rasmi Pentadbir Tanah Daerah (P.T.D)
- 35 Salinan Pelan Permohonan Merancang
- Laporan Cadangan Pemajuan
PELAN PERMOHONAN MERANCANG HENDAKLAH MENGANDUNGI:
1. Pelan Kunci(skala 1 in:1 batu)
2. Pelan Lokasi(skala 1 in:8 rantai)
3. Pelan Tataletak(skala 1 in:1 rantai/ 1 in:2 rantai) mengandungi
(a) Simpanan Jalan
(b) Simpanan Jalan Susur
(c) Simpanan Sungai/Parit/Talian
(d) Simpanan Talian Elektrik Berkuasa Tinggi
(e) Bangunan Sedia Ada
(f) Jalan Keluar Masuk Yang Sah
(g) Tangki Imhoff/Kolam Oksidasi
(h) Arah Utara dan Tajuk Cadangan
(i) Tandatangan Tuan Tanah/Jurukur/Arkitek
4. Pelan perspektif bagi bangunan bertingkat
5. Kiraan tempat letak kereta
SYARAT-SYARAT TAMBAHAN BAGI PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG UNTUK KILANG DAN PERUSAHAAN
1. Hendaklah menyatakan Jenis Industri yang dicadangkan
2. Menunjukkan kedudukan ruang untuk pungah-memunggah dan tempat letak kereta
3. Salinan lesen yang terbaharu dari pihak berkenaan sepeti LPN, Perhutanan dan lain-lain
4. Tahun kilang mula beroperasi jika bangunan telah sediada
5. Nama Tuan Kilang/Tuan Tanah
6. Cara-cara yang digunakan untuk mengatasi masalah pembuangan sisa kilang sepeti sekam dan sebagainya
7. Hendaklah ditunjukkan perkampungan/sekolah/bangunan kerajaan/ masjid dan sebagainya di sekitar 1/4 batu jejari
BAYARAN PROSES PELAN
(Pelan Tataletak/Pecahan Tanah)
1. Bayaran minima | |
2. Bagi 100 unit pertama | |
3. Lebih 100 unit | |
4. Lebih dari 200 | |
5. Rumah Pangsa | |
6. Perniagaan/perusahaan berkembar kurang 4 tingkat | |
7. Perusahaan sesebuah perniagaan kurang 4 tingkat | |
8. Perniagaan dan kediaman | |
9. Kurang daripada 4 tingkat/Perusahaan teres/berkembar lebih 4 tingkat | |
10. Perniagaan/perusahaan sesebuah melebihi daripada 4 tingkat | |
SUMBANGAN KEMAJUAN PEMARITAN AM
(Pelan tataletak/Pecahan Tanah)
1. Kediaman | |
2. Perniagaan dan kediaman | |
3. Bukan kediaman(kurang 4 tingkat) | |
4. Bukan kediaman(lebih 4 tingkat) | |
Catitan : Lot yang kurang 0.1 ha (1/4 ekar)untuk kediaman dikecualikan
CARUMAN KAWASAN LAPANG
(Pelan Tataletak/Pecahan Tanah)
1. KEDIAMAN DAN RUMAH KEDAI
30.35 meter persegi (326.7 kaki persegi) kawasan lapang x bilangan unit x (nilai harga tanah semasa + RM0.50 sen) kos kemajuan
2. BUKAN KEDIAMAN(Bebas dan Bertingkat)
5% dari jumlah keluasan ruang lantai x (nilai tanah semasa + RM0.50 sen) kecuali bagi kawasan yang digunakan sebagai tempat letak kereta
Catitan :
- Pembayaran-pembayaran di atas adalah di mana pemohon-pemohon tidak dapt memberi peruntukan kawasan lapang secara fizikal
- Plot-plot yang diserahkan untuk jalan, simpanan parit dan tujuan-tujuan awam yang lain adalah dikecualikan
- Ubah syarat bagi satu lot kediaman/rumah kedai adalah dikecualikan