Unit Kerja Awam dan pembangunan

unit Kerja Awam dan Pembangunan adalah merupakan salah satu daripada unit-unit di Bahagian Kemajuan yang memainkan peranan bagi melaksananakan sebahagian daripada fungsi-fungsi utama Bahagian Kemajuan dalam mencapai objektif bahagian tersebut.

Senarai tugas harian kakitangan unit Kerja Awam

1. Membantu Jurutera di dalam kerja-kerja yang berkaitan.
2. Melakukan kerja merancang keperluan projek pembangunan.
3. Menyediakan kerja siasatan kesesuaian tapak dan persiapan yang perlu disediakan.
4. Menyediakan lukisan kerja serta butiran pelan untuk projek-projek Majlis.
5. Menyediakan pecahan item kerja untuk dokumen tender dan sebutharga mengikut butiran yang perlu.
6. Menyediakan dan menaip dokumen tender dan sebutharga
7. Melakukan kerja mencetak pelan (plan printing)
8. Membuat anggaran kos projek pembangunan sosio-ekonomi, infrastruktur dan penyelenggaraan.
9. Menjalankan kerja-kerja sisasatan tapak mengenai aduan lkerosakan untuk kerja-krea pembaikan.
10. Menyediakan dokumen perjanjian kontrak untuk kerja-kerja tender dan sebutharga.
11. Menjalankan kerja-kerja pengawasan, pemeriksaaan dan kelulusan sebelum sesuatu projek dimulakan atau dibaiki.
12. Melakukan penilaian peratus kemajuan kerja sesuatu projek untuk pembayaran kemajuan
13. Menyediakan laporan dan butir-butir untuk pembayaran kemajuan dan penyelenggaraan pembaikan
14. Menyediakan serta menyusun surat-surat untuk proses pembayaran kemajun dan penyelenggaraan
15. Melakukan kerja penyerahan peralatan dan bangunan
16. Menghadiri mesyuarat jabatan dan mesyuarat bulanan di tapak projek mengikut arahan jurutera.

Butiran Mengenai Tugas Harian

1. Membantu Jurutera dalam kerja yang berkaitan
a. Membincangkan sesuatu projek dan objektif peojek serta pengagihan peruntukan
b. Membincangkan masalah yang timbul untuk perlaksanaan projek dan rekabentuk yang sesuai
c. Membincangkan perkara-perkara am jabatan dan kakitangan

Peringkat perbincangan sesuatu projek dijalankan di antara kakitangan Unit Kerja Awam dengan jurutera. Objektif sesuatu projek dibincangkan mengenai kesesuaian tapak berdasarkan pelan-pelan perancangan. Kadangkala tapak cadangan projek memerlukan pindaan dari segi kedudukan dengan keadaan sekitar di mana kerap berlaku keadaan rupa bumi tapak cadangan poerlu ditokok tambah seperti kerja tambunan, kedudukan saliran asal perlu diubah, masalah kedudkan tapak yang memerlukan pemasangan bekalan elektrik dan air perlu dibuat perubahan. Dalam hal ini perbincangan juga dibuat atas anggaran kos secara kasar yang akan terlibat di atas peruntukan yang diberi oleh sumber Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan atau pihak Majlis sendiri.

Sesudah dibincangkan anggaran kos untuk penyediaan tapak, perbincangan juga dibuat di atas kesesuaian bangunan, gerai atau tapak penjaja berdasarkan pelan cadangan. Contohnya seperti pembinaan longkang konkrit, laluan untuk pejalan kaki dan kedudukan tempat pembuangan sampah perlu diubahsuai untuk kemudahan penyelenggaraan di kemudian hari.

Rekabentuk bangunan gerai atau tapak penjaja perlu dikaji mengikut kesesuaian konsep sesuatu projek samada untuk gerai makan, gerai jualan barang runcit atau hanya tapak penjaja secara terbuka. Setelah perbincangan tersebut, kakitangan Unit Kerja Awam dan jurutera perlu membuat penyelarasan dari segi pengawasan kerja tapak dan memilih juruteknik dan pembantu teknik mengikut kemampuan dan kelayakan melakukan kerja pengawasan projek.

Merancang Keperluan Projek Pembangunan

Menyediakan, membincang dan merancang keperluan asas dan peralatan yang diperlukan pada projek tapak penjaja, gerai, tandas awam, pondok perhentian bas, papan tanda dan pemilihan nama projek, kereta penjaja, bangunan stor dan bangunan lain dan pembinaan jalan dengan jabatan-jabatan dalam MPKS yang bersangkutan dengan projek.
Perbincangan diadakan untuk mengadakan pemasangan peralatan tambahan seperti kerusi, meja, payung, tempat membasuh, kedudukan landskap alat permainan kanak-kanak, pelampuan dan jenis kemasan lantai, dinding dan rekabentuk untuk sesuatu bangunan, tapak penjaja, bangunan tandas, surau, pasar dan sebagainya.
Berdasarkan pada pelan perancangan yang hanya menunjukkan pelan tataletak tapak dan kedudukan peralatan jurutera dan kakitangan Unit Kerja Awam mengadakan perbincangan dari segi jenis pemilihan kerusi, meja, tempat basuh, keperluan bekalan elektrik dan air dan sebagainya yang sesuai dipasang di tapak cadangan projek.
Perbincangan mengenai peralatan ini akan dihadiri oleh Inspektor Kesihatan Bahagian Perlesenan, Bahagian Kebersihan dan Bahagian Kesihatan di mana setiap jabatan akan bertukar pendapat di atas pelan tataletak tersebut dan memberi cadangan tentang kemudahan peralatan yang patut disediakan mengikut rekabentuk yang sesuai pada sesuatu projek tersebut.
Selain dari projek tapak penjaja, gerai, tandas awam, pondok perhentian bas, kereta penjaja dan bangunan-bangunan lain, perbincangan untuk projek pembinaan jalan, pemasangan papan tanda tapak penjaja, gerai dan tapak pekan sehari dan pasar malam juga dibincangkan di antara Unit Kerja Awam dan jurutera dari segi rekabentuk, jumlah keluasan jalan, kedudukan papan tanda nama jalan, papan tanda sesuatu projek dan cara-cara perlaksanaan mengikut susun atur perjalanan projek.

Senarai tugas Ketua Unit Pembangunan dan Kerja Awam
,p>

Bertanggungjawab kepada Tuan Jurutera Kemajuan.

1. Mengelola perlaksanaan projek-projek di bawah MAjlis Perbandaran Kota Setar
2.Memberi khidmat kemudahan awam seperti pembiayaan jalan raya, membina jalan raya baru, pondok perhentian bas, papan tanda, papan tanda nama taman, papan tanda nama jalan dan papan tanda lalu lintas.
3. Merancangdan melaksana projek-projek di bawah Program Peniaga-peniaga Kecil seperti :
- Tapak Pekan Sehari/Pasar Malam
- Sudut Selera
- Medan Selera
- Taman Selera
4. Melaksanakan projek pasar malam dan rumah kedai bagi meningkatkan aktivit peniaga serta kegiatan sosio ekonomi
5. Kerja rekabentuk, melukis pelan dan menyediakan dokumen tender untuk projek-projek di bawah Program Peniaga-peniaga Kecil dan Projek Sosio-ekonomi
6. Membantu agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam menentukan perlaksanaan dan penyelarasan sesuatu projek dalam kawasan Majlis
7. Menyelenggara Kompleks Sukan Jalan Stadium
8. Membina tandas-tandas awam dan kerja penyelenggaraan
9. Menjalankan kerja penyelenggaraan pada bangunan-bangunan hak Majlis, Tapak Pekan Sehari, Sudut Selera, Medan Selera, Taman Selera dan sebagainya
10. Lain-lain tugas yang diarahkan

[Menu Utama][Latarbelakang][Ahli Majlis][Pentadbiran][Menu Bahagian][Bahagian Kemajuan]