Bahagian Sumber Maklumat


Latarbelakang

Zaman teknologi maklumat di dunia menjadikan komputer satu barang keperluan kepada individu dan sesebuah organisasi masa kini dalam menjadikan data serta maklumat sebagai aset yang bernilai. Satu usaha kepada negara tidak ketinggalan ialah dengan cadangan penubuhan KoridorRaya MultiMedia (MSC). Unit Komputer di Bahagian Kewangan berperanan sebagai mekanisma untuk menjalankan kerja-kerja kemasukkan data penilaian, hasil dan mengeluarkan bil cukai pintu untuk Majlis.

Objektif


Membantu mendapatkan maklumat yang kemaskini dalam usaha mengkomputerisasikan keseluruhan fungsi-fungsi Majlis melalui penggunaan teknologi berasas kepada komputer. Mengwujudkan sistem maklumat bersepadu dengan keadaan penyalurannya secara berkesan. Membantu dalam pengwujudan dan pungutan hasil Majlis dan proses-proses perancangan, pembangunan dan pelaksanaan di peringkat negeri.

Perjawatan

Bilangan Kakitangan Yang sediada di Unit Komputer

Juruanalisa Sistem 1orang ( Kontrak )
P/aturcara Komputer 1orang ( Kontrak )
Operator Mesin Dan Pemprosesan Data 5orang ( Tetap )

Justifikasi

Aktiviti
Aktiviti Bahagian Sumber Maklumat adalah menyediakan perkhidmatan sokongan teknologi maklumat kepada semua Jabatan dan Organisasi. Perkhidmatan yang diberikan merangkumi pembekalan perkakasan dan perisian serta khidmat runding bagi memenuhi keperluan pengguna. Penekanan aktiviti adalah lebih kepada memberikan perkhidmatan yang bermutu kepada Pelanggan Dalaman (Jabatan Pengguna) dan juga Pelanggan Luaran (Pembayar Cukai)

Penjelasan Aktiviti
Bahagian Sumber Maklumat merupakan pusat sumber maklumat yang merangkumi aspek operasi dan pentadbiran Majlis. Bahagian Sumber Maklumat menetapkan matlamat untuk membudayakan kakitangan Majlis dengan orientasi kerja cara berkomputer ke arah peningkatan mutu perkhidmatan dan produktiviti. Skop aktiviti akan terus berkembang selaras dengan perkembangan teknologi maklumat semasa. Peningkatan ini amat perlu bagi memberikan kecekapan, produktiviti dan penjimatan kos operasi Majlis.

Belakang   Depan

[Menu Utama][Ahli Majlis][Pentadbiran][Menu Bahagian]