Unit Mekanikal & Elektrikal

Unit Mekanikal & Elektrikal adalah merupakan salah satu daripada unit-unit di Bahagian Kemajuan yang memainkan peranan bagi melaksanakan sebahagian daripada fungsi-fungsi utama Bahagian Kemajuan dalam mencapai objektif bahagian tersebut.
Objektif Unit Mekanikal & Elektrikal

1. Memastikan semua kenderaan Majlis berada di dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan.
2. Menguruskan pembelian kenderaaan dan peralatan mekanikal yang diperlukan oleh Majlis.
3. Memastikan lampu isyarat, pancutan air dan peralatan elektrikal yang berkaitan sentiasa beroperasi dengan baik.
4. Memastikan keperluan lampu-lampu jalan dan taman perumahan dipenuhi mengikut keperluan dari masa ke semasa.
5. Memastikan keperluan lampu-lampu hiasan di dalam bandar dipenuhi mengikut kedudukan kewangan Majlis.

Fungsi Utama Unit Mekanikal & Elektrikal

1. Menguruskan pembelian, penyelenggaraan kenderaan-kenderaan serta peralatan mekanikal dan elektrikal Majlis.
2. Mengurus penyelenggaraan ke atas lampu isyarat-lampu isyaratdi bawah tanggungjawab Bahagian Kemajuan.
3. Mengurus permohonan pemasangan dan penyelenggaraan ke atas lampu-lampu jalan dan lampu-lampu taman perumahan.
4. Merancang dan menguruskan perlaksanaan serta penyelenggaraan lampu-lampu hiasan di sekitar Bandar Alor Setar.

Aktiviti-Aktiviti Bagi Fungsi Utama
1. Mengurus pembelian kenderaan-kenderaan Majlis seperti lori sampah, kenderaan penumpang, lori terbuka, lori air, kren, jentolak, pick-up, bot, sky-lift dan lain-lain.
2. Mengurus pembelian peralatan mekanikaldan elektrikal seperti vibrator, high pressure water jetting, pam, compressor dan sebagainya.
3. Mengurus penyelenggaraan dan pembaikan kenderaan-kenderaan, peralatan mekanikal dan elektrikal Majlis.
4. Mengurus pembelian tayar bagi kenderaan-kenderaan Majlis.
5. Mengurus pembelian bateri bagi kenderaan-kenderaan Majlis.
6. Mengurus kerja-kerja pembersihan pancutan air di bawah tanggungjawab Bahagian Kemajuan.
7. Mengurus perlaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan lampu isyarat di bawah tanggungjawab Majlis.
8. Mengurus kerja-kerja penyelenggaraan kecil lampu-lampu jalan, lampu-lampu taman perumahan, lampu-lampu medan selera dan lampu-lampu hiasan di sekitar kawasan Majlis.
9. Memproses permohonan lampu-lampu jalan dan lampu-lampu taman perumahan di dalam kawasan Majlis.
10. Mengurus kerja-kerja penyelenggaraan kecil ke atas unit-unit alat hawa dingin Majlis.
11. Mengurus pengeluaran inden-inden minyak dan kerja-kerja pengisian minyak untuk kegunaan kenderaan-kenderaan dan jentera-jentera Majlis di stesen minyak yang dilantik oleh Majlis.
12. Memproses tuntutan pembayaran yang dikemukakan oleh kontraktor-kontraktor bagi kerja-kerja yang telah dilaksanakan oleh Unit Mekanikal & Elektrikal.
13. Menguruskan kes-kes kemalangan kenderaan Majlis dan kes-kes kemalangan yang melibatkan kerosakan peralatan aset-aset Majlis yang berkaitan dengan mekanikal dan elektrikal dengan pihak polis, insurans dan bengkel JKR.
14. Mencadangkan pelupusan kenderaan-kenderaan, peralatan mekanikal dan elektrikal Majlis kepada Bahagian Harta Modal.

Kakitangan Unit Mekanikal & Elektrikal

Kakitangan Unit Mekanikal & Elektrikal terdiri dari 11 orang iaitu :
1. Jamal Abdul Nasir Bin Ramli - Pembantu Teknik Mekanikal
2. Ruslan Bin Umar - Juruteknik Mekanikal
3. Azimie Bin Kassim - Juruteknik Mekanikal
4. Rosmawatie Binti Haron - Juruteknik Mekanikal
5. Mohd Yazid Bin Haji Ahmad - Juruteknik Elektrikal
6. Haji Ilyas Bin Ismail - Juruteknik Elektrikal
7. Rosmah Binti Shamsul Bahrin - Pembantu Tadbir Perkeranian Operasi
8. Morgan a/l Velu - Pekerja Rendah Awam
9. Syed Salleh Bin Syed HAssan - Pekerja Rendah Awam
10. Ahmad Fuzi Bin Abdul Ghani - Pekerja Rendah Awam
11. Wahab Bin Ahmad - Pekerja Rendah Awam

[Menu Utama] [Latarelakang] [Ahli Majlis] [Pentadbiran] [Menu Bahagian] [Bahagian Kemajuan]