KEKALKAN KEBERSIHAN KE ARAH KEINDAHAN PERSEKITARAN

Kebersihan asas kesihatan. Oleh itu kekalkan kebersihan Bandar Alor Setar. Hindarkan dari tabiat membuang sampah merata-rata. Sikap mengotorkan alam sekitar akan hanya mencemarnya dan bakal menimbulkan penyakit. Bantulah diri anda dengan membantu MPKS. Amalkan kebersihan ke arah kehidupan yang selsesa dan sejahtera!

SAMPAH DAN JENIS-JENISNYA

Terdapat beberapa jenis sampah. Bagi memudahkan anda mengenalinya, kami telah mengklasifikasikannya seperti di bawah :

Sampah Domestik Sampah ini adalah hasil atau bahan buangan dari isi rumah. Ini termasuklah sisa makanan, habuk dan debu.

Sampah Kebun Hasil atau bahan buangan dari persekitaran rumah atau taman akan menjejaskan keindahan persekitaran. Sampah ini terdiri daripada ranting pokok, rumput, dahan-dahan kayu dan lain-lain

Sampah Perniagaan/Pejabat Perniagaan/pejabat akan terlibat dengan proses perniagaan, perdagangan dan pengurusan. Bahan buangan dari syarikat seumpama ini ialah kertas, kotak, alat tulis dan fail yang tidak terpakai, stensil dan sebagainya.

Sampah/Sisa Binaan Kerja-kerja binaan atau pengubahsuaian bangunan akan menghasilkan bahan buangan seperti batu, kayu, simen, paku, besi dan bahan buangan lain.

Sampah Perindustrian Hasil atau bahan buangan dari proses perindustrian yang berkemunginannya bertoksik atau tidak bertoksik akan mencemarkan alam sekitar.

CARA YANG BETUL MEMBUANG SAMPAH

Sampah Domestik/Perniagaan Masukkan sampah rumah dan perniagaan ke dalam karung plastik dan ikatkannya dengan kukuh. Kemudiannya masukkan ke dalam tong sampah yang sempurna. Bagi penghuni rumah pangsa, buangkan karung plastik yang berisi sampah ke dalam tong sampah berpusat yang disediakan.

Sampah Kebun Sampah kebun yang kecil dan sedikit seperti rumput, daun-daun dan ranting hendaklah dimasukkan ke dalam karung plastik. Pastikan anda mengikatnya dengan kukuh sebelum membuangnya ke dalam tong sampah. Untuk membuang sampah kebun yang banyak dan berat seperti dahan-dahan kayu, MPKS menyediakan tapak pembunagan sampah seluas lebih kurang 40 ekar.

Sampah Binaan Setiap kontraktor yang terlibat dengan kerja pembinaan hendaklah membuang sampah mereka sendiri. Sekiranya kontraktor gagal berbuat demikian, penghuni atau pemilik bangunan akan bertanggungjawab.

TAPAK PEMBUANGAN MPKS

Sampah Perindustrian Pemilik industri hendaklah membuang sampahnya sendiri(jika sampah biasa) di tapak pembuangan sampah MPKS. Sekiranya bahan buangan ini mempunyai sisa toksik, sisa ini hendaklah dilupuskan seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar.

Tapak pelupusan/pembuangan sampah MPKS seluas 40 ekar terletak di Jabi iaitu 17 km dari Alor Setar. Pihak kami mengamalkan sistem sanitary landfill untuk memberi keselesaaan dan kesejahteraan kepada orang ramai

LARANGAN MEMBUANG SAMPAH

Setiap pesalah akan dikenakan tindakan undang-undang sekiranya :