Unit Penguatkuasa

Unit ini dianggotai seramai 24 orang kakitangan seperti berikut :

a) Pem.Penguatkuasa (N9) = 2 (Tetap)
b) Pem. Penguatkuasa Rendah (N11) = 14 (Tetap)
c) Pem. Penguatkuasa Rendah (N11) = 4 (Sambilan)
d) Pemandu (R10) = 2 (Tetap)
e) Pemandu(R11) = 1 (Sementara)
f) Buruh Am (R11) = 1 (Tetap)

Unit Penguatkuasa ini pada satu masa dahulu (1985-1990) mempunyai seramai 32 orang PPR. Jumlah ini berkurangan apabila ada kakitangan bersara atau berhenti kerja. Unit ini dibahagikan kepada 5 kumpulan kecil mengikut tugas/aktiviti masing-masing seperti berikut :

a) Kumpulan Pengurusan Perniagaan
b) Kumpulan Tempat Letak Kereta
c) Kumpulan Perkhidmatan Bandar, Taman & Rekreasi
d) Kumpulan Kesihatan Awam
e) Kumpulan Pentadbiran dan Pengiring

Keahlian Anggota Kumpulan

Memandangkan jumlah anggota PPR Majlis amat terhad, maka agihan kakitangan dibuat mengikut keperluan tugas yang dijalankan. Tiap-tiap kumpulan akan bertukar pada setiap bulan kecuali kumpulan Pentadbiran dan Pengiring. Ini bermakna bahawa setiap kumpulan akan bergilir membuat tugas bagi setiap bulan. Agihan tersebut adalah seperti berikut :
a) Kumpulan Pengurusan Perniagaan = 5 PPR
b) Kumpulan Tempat Letak Kereta = 5 PPR
c) Kumpulan Perkhidmatan Bandar, Taman dan Rekreasi = 4 PPR
d) Kumpulan Kesihatan Awam = 4 PPR
e) Kumpulan Pentadbiran dan Pengiring = 2 PPR

JUMLAH   20 PPR

Keahlian kumpulan (b) di atas ditetapkan kepada 5 orang manakala kumpulan (e) dua orang (tetap) setiap bulan. Bagi kumpulan lain, ianya mengikut keperluan dan keadaaan semasa.

Belakang   Depan