Bahagian Penilaian

PIAGAM PELANGGAN

  • Kelulusan pindahmilik pegangan akan diberikan dalam tempoh 1 minggu.

  • Keputusan pulangan balik cukai taksiran akan diberikan dalam tempoh 1 minggu.

  • Keputusan rayuan atau bantahan cukai taksiran akan diberikan dalam tempoh 4 minggu.

Bahagian Penilaian adalah merupakan salah satu bahagian yang terpenting dalam suatu Majlis Perbandaran. Ia maerupakan nadi penggerak yang terpenting dalam menentukan pendapatan dalam bentuk cukai kepada sesuatu Majlis di mana ia memainkan peranan penting dari sudut Cukai Taksiran dan Caruman Bantu Kadar. Pendapatan ini adalah merupakan pendapatan terbesar sesuatu Majlis.

Bahagian Penilaian bergerak berdasarkan perundangan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) selain daripada dasar-dasar yang dibubarkan oleh Majlis dari masa ke semasa. Bab 1 dan XV dari Akta 171, adalah merupakan bab yang terpenting dan perlu diikuti oleh Bahagian Penilaian. Selain itu, Fasal 156, Perlembagaan Persekutuan juga perlu dalam proses Caruman Bantu Kadar.

Bahagian Penilaian terbahagi kepada 2 unit iaitu :
Unit Perkeranian
Unit Teknikal
Jumlah kakitangan Bahagian Penilaian mengikut jawatan adalah seperti berikut :
Jawatan Bilangan
1. Ketua Bahagian Penilaian (kontrak) 1 orang
2. Penolong Pegawai Penilaian(kontrak) 2 orang
3. Juruteknik (tetap) 2 orang
4. Juruteknik Rendah (tetap) 2 orang
5. Pembantu Tadbir Perkeranian/Operasi(tetap) 4 orang
6. Jurutaip (tetap) 1 orang
7. Pembantu Am Rendah 1 orang
8. Pekerja Rendah Awam (tetap) 14 orang
Jumlah 28 orang
Senarai nama kakitangan Bahagian Penilaian mengikut jawatan sebenar yang disandang
Penolong Pegawai Penilaian (kontrak)
1. En Ahmad Letfi bin Saaad (Ketua Bahagian)
2. En. Ab. Halim bin Shahidan
3. En. Razihar bin Ramli

Juruteknik (tetap)
1. En. Mohd Radzi bin Ramli
2. En. Shahidan bin Mat Isa
3. En. Shamsul Bahar bin Abd. Daim
4. En. Wan Hamid bin Wan Abd. Rahman

Juruteknik Rendah(tetap)
1. En Zulkifli bin Mohamad

Pembantu Rendah Perkeranian/Operasi
1. En. Baharom bin Kassim
2. En. Mohamad Zaki bin Ismail
3. Pn. Norain binti Kamis
4. Pn. Zaharah binti Abd. Aziz

Jurutaip (tetap) 1. Pn. Ruzinah binti Othman

Pembantu Am Rendah 9(tetap)
1. En. Mazlan bin Ismail

Pekerja Rendah Awam (tetap)
1. Pn. Nadzmiah binti Md. Noor
2. Pn. Fadzilah binti Md. Isa
3. En. Nor Azam bin Yahya
4. En. Mohd Zaki bin Abd. Rahim
5. Pn. Roslini binti Ismail
6. En. Sobri bin Awang
7. En. Mohd Elias bin Mphd Yunus
8. En. Nayill Vagaram a/l Subramanian
9. En Ridzuan bin Ramli
10. En. Noorazmi bin Ahmad
11. En. Akram bin Mahmud
12. En. Azman bin Said
13. En. Mohd Yaakob bin Md. Idris
14. Pn. Shairul Fazilah binti Saad

Objektif
Objektif Bahagian Penilaian ialah untuk mewujudkan sebuah organisasi yang teguh, cekap, berwibawa dan menambahkan sumber pendapatan majlis dengan menilai harta-harta yang boleh dikenakan Cukai Taksiran mengikut perundangan Seksyen 127, Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan harta-harta milik kerajaan yang boleh dikenakan Caruman Bantu Kadar mengikut perundangan Fasal 156, Perlembagaan Persekutuan secara adil, praktikal dan profesional.

Strategi Bahagian Penilaian

  • Mengemaskini penyusunan kakitangan dan struktur pengurusan Bahagian Penilaian dari semasa ke semasa bagi mengseimbangkan tugas-tugas dan tanggungjawab mengikut keperluan sebenar
  • Menyediakan penilaian yang adil, praktikal dan profesional kepada semua pelanggan
  • Menilai dan mengenakan Cukai Taksiran ke atas pegangan-pegangan yang belum dikenakan Cukai Taksiran secara menyeluruh dan adil
  • Menilai dan mengenakan Caruman Bantu Kadar ke atas pegangan-pegangan milik kerajaan dan badan-badan berkanun yang belum dikenakan Caruman Bantu Kadar secara menyeluruh dan adil
  • Mengemaskini rekod-rekod Bahagian Penilaian dari semasa ke semasa seperti rekod pegangan berkadar, rekod cukai, pelan lokasi, pelan tapak, pelan pernomboran dan lain-lain
  • Berusaha meningkatkan kualiti kerja dari semasa ke semasa supaya perkhidmatan yang diberikan dapat memuaskan hati pelanggan

Tugas Bahagian Penilaian

1. Penyediaan Senarai Nilaian
2. Pernomboran dan penilaian ke atas pegangan baru (O.C)
3. Pulangan balik Cukai (pegangan tidak diduduki)
4. Pindahmilik Harta
5. Penilaian ke atas pegangan pindaaan
6. Pembatalan Cukai Taksiran (pegangan roboh)
7. Penilaian ke atas tanah kosong
8. Penilaian untuk tujuan Caruman Bantu Kadar
9. Perkhidmatan maklumat
10. Bantahan dan Rayuan Cukai Taksiran

Penyediaan Senarai Nilaian

Proses menyediakan satu nilaian untuk tujuan Cukai Taksiran di bawah Sek. 127 Akta 171 bagi tiap-tiap pegangan berkadar. Senarai Nilaian atau Penilaian Semula hendaklah dibuat tiap-tiap 5 tahun atau dalam tempoh yang dilanjutkan sebagaimana diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri seperti mana diperuntukkan di bawah Sek. 137(4), Akta 171.
Cara-cara penilaian

Penilaian ini disediakan berdasarkan kepada cara-cara penilaian ayang ditetapkan di dalam Akta 171, seperti berikut :
1. Berasaskan kadar sewa yang dipungut ke atas pegangan-pegangan yang berkenaan
2. Berasaskan kadar sewa yang dipungut atas pegangan-pegangan yang serupa/sebanding
3. Berasaskan kos atau keuntungan bagi pegangan-pegangan seperti stesen minyak dan hotel
4. Berasaskan maksima 10% daripada harga pasaran terbuka bagi lot-lot kosong

Cara-cara penentuan nilai tahunan ini adalah pada keseluruhannya berdasarkan kepada kadar sewa pasaran pada sekaki persegi setahun (skp). Dalam penetapan nilaian tahunan ini Majlis berpandukan kepada perakuan sewa yang diterima daripada pemunya/penduduk pegangan-pegangan berkenaan serta kadar sewa semasa yang boleh diperolehi berdasarkan kepada keadaan dan kedudukan tempat serta jenis pegangan-pegangan tersebut.

Bagi melicinkan proses penilaian semula Majlis telah membahagikan kawasan dan pegangan seperti tersebut di bawah dan pembahagian ini adalah menurut Seksyen 129, Akta 171.
1. Bahagian Kediaman
a) Bahagian dalam kawasan Taman Perumahan
b) Bahagian luar kawasan Taman Perumahan

2. Bahagian Perniagaan
a) Bahagian dalam kawasan Taman Perumahan
b) Bahagian luar kawasan Taman Perumahan

3. Bahagian Perindustrian
a) Bahagian dalam kawasan Perindustrian
b) Bahagian luar kawasan Perindustrian

4. Bahagian Rumah Pangsa
a) Bahagian Kediaman
b) Bahagian Perniagaan

5. Bahagian Lot Kosong
a) Syarat Kediaman
b) Syarat Perniagaan
c) Syarat Kediaman & Perniagaan
d) Syarat Industri
e) Syarat Kampung

Catitan
1. Lot kosong bersyarat pertanian adalah dikecualikan daripada kadar/cukai
2. Erti atau taksiran Nilai Tahunan dapat dirujuk di bawah Seksyen 2, Akta 171

Kadar Peratus

Dalam penentuan kadar peratus pihak Majlis telah mengkaji dari beberapa aspek yang tertentu supaya cukai taksiran 1993 lebih elastik dan lebih aktif lagi. Didapati kadar peratus yang digunapakai sekarang masih realistik dan fleksibel lagi. Aspek-aspek yang diambilkira di dalam penentuan kadar peratus ini adalah seperti berikut :
a) Keupayaan membayar oleh pembayar cukai
b) Kegunaan bangunan dan tanah (actual land usage)
c) Aspek ekonomi dan sosial
d) Spekulasi tanah
e) Pembangunan sektor perniagaan dan perindustrian
f) Pembangunan di luar bandar Alor Setar (Town Centre)
g) Mempastikan ianya tidak membebankan kepada orang ramai
h) Faktor alam sekeliling dan perkhidmatan-perkhidmatan bandar yang telah dijalankan dengan baik dan menyeluruh oleh Majlis selama ini
i) Keperluan Kewangan Majlis

Lihat diatas

Pernomboran Dan Penilaian Ke Atas Pegangan Baru (O.C)

Memberi nombor pegangan ke atas bangunan-bangunan yang baru ketika proses pengeluaran O.C.
Menyediakan penilaian ke atas pegangan-pegangan baru untuk tujuan Cukai Taksiran sebelum O.C dikeluarkan
Syarat-syarat yang perlu dipenuhi sebelum Bahagian Penilaian memberi sokongan untuk O.C:
1. Mengisi borang "Penyata Maklumat" untuk setiap unit bangunan yang dipohon pengeluaran O.C
2. Membayar wang pendaftaran nombor sebanyak RM5 bagi setiap unit bangunan
3. Membayar pendahuluan Cukai Taksiran untuk tempoh enam (6) bulan pertama (bagi skim perumahan sahaja)

Lihat diatas

Pulangan Balik Cukai (Pegangan Tidak Diduduki)

Memproses dan meluluskan permohonan Pulangan Balik Cukai Taksiran bagi pegangan-pegangan yang tidak diduduki atau kosong mengikut Sek. 162, Akta 171.

Syarat-syarat yang perlu dipatuhi

1. Mengisi Borang Pulangan Balik Cukai
2. Membuktikan
a) bahawa bangunan itu ada dalam keadaan baik dan layak untuk diduduki
b) bahawa segala usaha yang munsabah untuk mendapatkan seseorang penyewa (tenant) telah dibuat
c) bahawa sewa yang diminta adalah sewa yang munasabah
d) bahawa bangunan itu telah kosong selama tempoh yang baginya pulangan balik itu dituntut
e) bagi permohonan pulang balik yang dituntut untuk sesuatu tempoh dalam masa bangunan itu sedang dibaiki bagi maksud menjadikan ia layak untuk diduduki atau untuk pembinaan semula "dona fiede" maka tidaklah perlu dibuktikan perkara-perkara yang dinyatakan dalam perenggan (a), (b) dan (c) di atas
3. Menjelaskan Cukai Taksiran kemaskini dan kembalikan resit asal pembayaran cukai tersebut
4. Membuat "Akuan Sumpah" pembayaran Cukai Taksiran sekiranya nama pemohon dan nama dalam bil. Cukai Taksiran berlainan
5. Membuat tuntutan Pulangan Balik pada tarikh yang ditetapkan oleh Majlis iaitu :
a) Permohonan Pulangan Balik untuk penggal pertama (Jan-Jun) hendaklah sampai kepada Majlis pada atau sebelum 31 Julai tahun yang sama
b) Permohonan Pulangan Balik untuk penggal kedua (Julai-Dis) hendaklah sampai kepada Majlis pada atau sebelum 31 Januari tahun berikutnya

Permohonan Pulangan Balik yang lengkap akan diproses dan diluluskan. Permohonan yang lulus akan dihantar ke Bahagian Kewangan untuk Proses Pulangan Balik Cukai sebanyak 75% dari cukai yang dibayar untuk tempoh kekosongan tersebut

Lihat diatas

Pindahmilik Harta

Iaitu menjalankan proses pindahmilik harta bagi pihak Majlis di bawah Sek. 160, Akta 171

Syarat-syarat yang perlu dipenuhi :
a) memberi notis pindahmilik melalui "Borang I" atau "Borang J" mengikut mana yang berkenaan
b) memberi satu salinan "Borang 14-A" yang dikeluarkan oleh Pejabat tanah
c) menjelaskan Cukai Taksiran kemaskini dan mengemukakan salinan resit pembayaran tersebut sebagai bukti bayaran
d) menjelaskan bayran pindahmilik sebanyak RM20.00 untuk setiap unit yang dipohon

Lihat diatas

Penilaian ke atas pegangan pindaaan

Iaitu membuat semakan penilaian atau pindaan penilaian ke atas pegangan-pegangan yang menjalankan apa-apa kerja yang melibatkan ubahsuai, diubah, diruntuhkan sebahagian atau dibina semula atau lain-lain kemajuan dibuat pada sesuatu pegangan berkadar yang mengakibatkan nilai pegangan itu naik atau turun. Pada kebiasaannya Bahagian Penilaian akan menerima maklumat ini dari Bahagian Bangunan atau pemilik bangunan sendiri.

Lihat diatas

Pembatalan Cukai Taksiran (Pegangan Roboh) Sek. 161, Akta 171

Iaitu membuat pengesahan dan meluluskan pembatalan Cukai Taksiran ke atas pegangan yang telah roboh atau pegangan yang dikecualikan dari Cukai Taksiran mengikut undang-undang atau polisi-polisi Majlis.
Syarat-syarat yang perlu dipatuhi :
a) memberi notis roboh kepada Majlis dalam masa 15 hari dari tarikh robohnya pegangan berkenaan
b) menjelaskan Cukai Taksiran kemaskini (sehingga tarikh roboh) dan sertakan salinan resit bayaran Cukai Taksiran yang telah dijelaskan sebagai bukti bayaran

Lihat diatas

Penilaian Ke Atas Tanah Kosong

Iaitu membuat nilaian ke atas tanah-tanah kosong yang belum dimajukan di dalam kawasan Majlis bagi maksud Cukai Tanah Kosong di bawah Sek. 127, Akta 171.
Tatacara dan prosedurnya adalah sama dengan nilaian untuk pegangan-pegangan yang mempunyai bangunan.

Lihat diatas

Penilaian Untuk Tujuan Caruman Bantu Kadar

Iaitu mengikut Fasal 156, Perlembagaan Persekutuan. Penilaian dibuat ke atas bangunan-bangunan :
1. Milik Kerajaan Persekutuan
2. Milik Kerajaan Negeri
3. Milik Badan-badan Berkanun

Lihat diatas

Perkhidmatan Maklumat

iaitu memproses permohonan mendapatkan maklumat harta dari peguam atau pemohon individu. Antara maklumat yang lazimnya dipohon adalah seperti nama pemilik berdaftar, nombor lot, nombor geran, alamat pemilik atau lain-lain maklumat berkaitan dengan harta tersebut.
Syarat-syarat yang perlu dipatuhi :
a) Permohonan bertulis
b) Bayaran perkhidmatan maklumat sebanyak RM10.00 bagi setiap unit yang dipohon

Lihat diatas

Bantahan dan Rayuan Cukai Taksiran

1. Memproses dan membuat siasatan ke atas setiap bantahan bertulis di bawah Sek. 142, Akta 171
2. Memproses dan membuat siasatan ke atas setiap rayuan ke Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Persekutuan di bawah Sek. 145, Akta 171

Belakang   Depan

[Menu Utama][Latarbelakang][Ahli Majlis][Pentadbiran][Menu Bahagian]