PERMOHONAN KELULUSAN PELAN BANGUNAN

CABUTAN AKTA 133(AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974)

JALAN, PARIT DAN BANGUNAN BAHAGIAN V, (BANGUNAN)

NOTIS MENGENAI BANGUNAN BARU

70.
(1)Tiada seseorang pun boleh mendirikan sesuatu bangunan tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pihak berkuasa tempatan
(3) Tiada sesuatu pelan untuk mendirikan sesuatu bangunan boleh diluluskan :
(a) Jika bangunan itu hendak didirikan di atas sesuatu pegangan yang bersempadan dengan sesuatu jalan baru atau sesuatu jalan baru yang dicadangkan atau yang mempunyai ekses kepadanya sehingga pelan-pelan bagi jalan baru itu telah diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan di bawah peruntukan-peruntukan Akta itu;
(b) Sebelum dibuat apa-apa deposit yang dikehendaki di bawah peruntukan-peruntukan seksyen 18 atau melainkan jika bangunan atau klas bangunan itu telah dikecualikan daripada peruntukan-peruntukan seksyen 7(1) oleh Pihak Berkuasa Negeri; dan
(c) Sebelum dipatuhi apa-apa syarat lain yang difikirkan perlu dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan.

PIHAK BERKUASA TEMPATAN BOLEH MEMBERI ARAHAN-ARAHAN

(4) Pihak berkuasa tempatan boleh memberi arahan-arahan bertulis kepada orang yang mengemukakan sesuatu pelan dan penentuan berkenaan dengan mana-mana daripada butir-butir berikut ;
(a) Pematuhan Akta ini atau mana-mana Akta lain atau mana-mana undang-undang kecil, perintah, kaedah atau peraturan yang dibuat dibawahnya;
(b) Tapak sesuatu bangunan dan ruang yang akan ditingggalkan di keliling mana-mana bangunan untuk membolehkan cahaya matahari senang masuk dan udara senang beredar dan juga untuk memudahkan pembuangan sampah;
(c) Aras-aras takat mana nama asas tapak dan tingkat yang rendah sekali hendak disusunatur.

UNTUK MEMPERCEPATKAN KELULUSAN, PASTIKAN ANDA MENGEMUKAKAN PELAN DAN MAKLUMAT BERIKUT :

PERMOHONAN KELULUSAN KERJA TAMBAHAN/PINDAAN BANGUNAN

Belakang