PERUTUSAN YANG DIPERTUA MAJLIS



Email
Email

Assalamualaikum W.M.T.

Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua kakitangan yang berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan 'Homepage MPKS' ini berjaya dilaksanakan.

Dalam era Pengkorporatan MPKS, kita telah mengambil pelbagai langkah perlu untuk mengimbangi teknologi maklumat dalam pentadbiran majlis. Oleh sebab itu, pelan pengkorporatan MPKS, menitikberatkan kepada pembangunan teknologi maklumat dan insan.

Homepage merupakan satu program majlis ini dalam melaksanakan kerajaan elektronik di MPKS. Saya percaya homepage MPKS ini telah lama dinanti-nantikan oleh orang ramai yang mempunyai hubungan secara langsung dan tidak langsung.

Akhir kata, semoga dengan usaha ini semua pengguna internet khususnya di Malaysia boleh mendapatkan maklumat terkini Majlis Perbandaran Kota Setar.

Sekian, terima kasih.

Tuan Haji Hassan Bin Taib., SDK., AMK., BCK.
Yang DiPertua,
Majlis Perbandaran Kota Setar

Menu Utama