Make your own free website on Tripod.com
Unit Perhubungan Awam

Keanggotaan :
Penolong Pegawai Penerangan - 1 orang
Pembantu Tadbir Perkeranian - 1 orang
Pekerja Rendah Awam - 1 orang
(Tugas Dalaman)

Objektif Unit Perhubungan Awam

1. Memberi perkhidmatan cemerlang dalam menjaga imej Majlis Perbandaran Kota Setar
2. Memberi penerangan yang jelas dan tepat mengenai Majlis Perbandaran Kota Setar
3. Menyediakan maklumat yang lengkap kepada pelanggan dengan jelas dan segera

Fungsi Unit Perhubungan Awam

1. Berhubung dengan media massa termasuk akhbar tempatan dan radio mengenai hal-hal Majlis
2. Menerbitkan semua penerbitan MPKS seperti "brochure"
3. Menyediakan maklumat serta memberi penerangan mengenai hal-hal Majlis melalui akhbar, radaio, penerbitan risalah, ceramah, nota taklimat, perjumpaan dan dialog
4. Memberi penerangan kepada orang ramai dan mengendalikan aduan-aduan atau teguran-teguran orang ramai sama ada melalui akhbar, surat, telefon atau kunjungan/datang sendiri
5. Menguruskan lawatan-lawatan ke Majlis dan lawatan-lawatan Majlis ke tempat lain seperti diarahkan
6. Menguruskan pameran berkaitan MPKS
7. Mengatur dan menguruskan program-program untuk perayaan-perayaan awam dan keramaian MPKS seperti Hari Ulangtahun, Jamuan Yang DiPertua, Majlis KEraian MPKS dan perayaan-perayaan peringkat negeri yang melibatkan MPKS serta bersama menjayakan program kemasyarakatan
8. Mengadakan rakam khazanah sama ada bergambar, keratan akhbar, ataupun video
9. Menyemak dan menyimpan sebarang bentuk bahan bacaan dan rujukan untuk PUSAT SUMBER MPKS
10. Menyediakan kertas kerja pada perkara-perkara yang berhubung dengan Unit Perhubungan Awam MPKS
11. Mengatur urus dan mengendalikan latihan-latihan berkaitan kerohanian da Etika Kerja Cemerlang kepada anggota MPKS
12. Menghadiri mesyuarat dalaman dan luaran berkaitan MPKS seperti diarahkan
13. Lain-lain tugas yang diarahkan Yang DiPertua, Setiausaha dari masa ke semasa

Senarai Tugas Anggota

Penolong Pegawai Penerangan (Cik Azizah bt Hamid)
1. Berhubung dengan media massa termasuka akhbar tempatan dan radio mengenai hal-hal Majlis
2. Menerbitkan semua penerbitan MPKS seperti seperti "brochure", cnderamata, Laporan Tahunan dan sebagainya
3. Memberi taklimat kepada orang ramai dan mengendali aduan-aduan orang ramai sama ada melalui akhbar, surat, telefon atau terus menerus
4. Mengatur jadual untuk pelawat dalam atau luar negeri ke Majlis
5. Merancang, melaksana dan menggalakkan kegiatan-kegiatan kebudayaan MPKS khasnya dan penduduk-penduduk MPKS amnya
6. Mengurus aktiviti-aktiviti sukan dan drama untuk kakitangan Majlis dengan kerjasama dari Jabatan Kebudayaan Belia dan Sukan Negeri
7. Mengatur dan mengurus program-program untuk perayaan-perayaan awam dan keramaian anjuran MPKS seperti Hri Ulangtahun MPKS, Jamuan Yang DiPertua dan juga perayaan-perayaan peringkat Negeri yang melibatkan MPKS
8. Lain-lain tugas yang diarahkan

Pembantu Tadbir Perkeranian (Mohd. Noor bin Shaari)
1. Merekod dan menguruskan surat-surat UPA (keluar masuk)
2. Mengatur urus tugas-tugas pentadbiran UPA (termasuk keperluan dan tambahan peralatan)
3. Mengatur urus keperluan kenderaan UPA
4. Mengatur urus peralatan berkaitan persiapan dan hiasan untuk perayaan dan keraian Majlis
5. Mengatur urus tugas-tugas berkaitan ceramah/latihan OKATA MPKS
6. Menyediakan perkara-perkara berkaitan surat-menyurat, penerbitan-penerbitan, nota taklimat, laporan-laporan, ucapan-ucapan dan lain-lain berkaitan MPKS
7. Mengatur urus pentadbiran berkaitan lawatan
8. Mengurus koleksi PUSAT SUMBER MPKS
9. Membantu menambahkan keceriaan MPKS
10. Menjaga kekemasan, kebersihan dan peralatan semua peralatan UPA dan MPKS
11. Sentiasa bersedia mematuhi ETIKA PERHUBUNGAN AWAM, mematuhi peraturan dan arahan pentadbiran (termasuk menghadiri mesyuarat/perjumpaan mewakili Ketua Unit)

Pekerja Rendah Awam
1. Membantu merancang dan mengatur urus perkara-perkara berkaitan program kemasyarakatan
2. Mengatur urus hal-hal aduan (lawat-siasat)
3. Kawal selia dan mengatur urus perkara-perkara berkaitan grafik dan audio visual
4. Menjaga, mengawal dan memastikan kebersihan, kekemasan dan keselamatan harta benda UPA
5. Sentiasa mematuhi etika dan berwawasan untuk mempamerkan perkhidmatan yang terbaik dari UPA
6. Menjiwai dan mengamalkan semangat berpasukan dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan
7. Berkewajipan BERTINDAK SEGERA dalam melaksanakan tugas
8. Sentiasa bersedia mematuhi etika, peraturan dan arahan serta lain-lain tugas dan arahan yang diarahkan dari masa ke semasa

[Menu Utama][Latarbelakang][Ahli Majlis][Pentadbiran][Menu Bahagian]