Bahagian Taman dan Rekreasi

PIAGAM PELANGGAN

  • Kelulusan pelan landskap akan diberikan dalam tempoh 2 minggu.

Di sepanjang tempoh Program Bersih & Indah (1990-1995), MPKS telah mendapat tiga pengiktirafan yang berkaitan dengan pengindahan bandar daripada pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Kejayaan MPKS memenangi tempat ketiga Penguasa Tempatan yang paling Bersih & Indah di Malaysia telah membuktikan perbelanjaan Majlis di dalam Program Bersih & Indah memberikan hasil yang sangat menggalakkan.
Bagi tahun 1998, MPKS melalui Bahagian Taman & Rekreasi akan meningkatkan usaha untuk menjadikan Alor Setar sebagai bandar yang indah terutamanya bagi persiapan menyambut Sukan Komanwel 1998 dan Pertandingan Bersih & Indah Peringkat Kebangsaaan. Oleh itu tumpuan perbelanjaan Majlis perlu mengambilkira aktiviti pengindahan yang boleh menggalakkan tarikan pelancong ke bandar ini.

MATLAMAT BAHAGIAN TAMAN & REKREASI

Matlamat Bahagian Taman & Rekreasi ialah untuk mewujudkan persekitaran yang bersih dan indah yang dapat memberikan keselesaan, keharmonian serta bebas dari sebarang bentuk pencemaran kepada penduduk setempat dengan penanaman pokok yang menghijau, wangi dan berwarna serta hiasan jalan dan taman yang menarik dan seterusnya menjadikan Alor Setar sebagai Bandar Dalam Taman.

PERKHIDMATAN JUALAN DAN SEWAAN POKOK BUNGA

TUGAS-TUGAS SEMASA

Di antara tanggungjawab Bahagian Taman & Rekreasi ini ialah :
1. Memperkemaskan dan memperbaiki kemudahan di tapak semaian yang sedia ada dengan menghasilkan pokok-pokok berikut :
a) i) Pokok Teduhan untuk bank pokok
ii) Pokok Renik dan Penutup Bumi
iii) Pokok Palma, Pandanus dan orkid
iv) Pokok untuk "edible landscape"
b) Pokok-pokok yang senang di tanam dan kurang penjagaan
c) Pokok-pokok yang sesuai untuk kawasan perumahan termasuk pokok buah-buahan
d) Pokok-pokok bunga yang digemari oleh orang ramai
e) Pokok-pokok annuals
2. Mengenalpasti kawasan lapang terbiar bagi semaian sementara dan semaian pokok separa matang untuk dijadikan bank pokok dan pengindahan kawasan berkenaan
3. Sentiasa meningkatkan produktiviti serta kualiti pengindahan dengan memperkenalkan pengurusan kerja yang sistematik
4. Menggalakkan penglibatan yang lebih daripada orang awam dan agensi kerajaan dalam Program Bersih & Indah serta bersama-sama memelihara dan mengekalkan keindahan
5. Menambah dan memperkemaskan syarat-syarat dasar kepada pemaju perumahan untuk penanaman pokok dan penyediaan alat-alat permainan yang lebih bermutu di taman-taman perumahan
6. Mempertingkatkan usaha untuk menambahkan hasil Majlis melalui Bahagian Taman & Rekreasi seperti penyewaan pasu-pasu bunga, penjualan pokok bunga dan tanah campuran (baja tanah) kepada orang ramai
7. Mengawasi dan membuat perancangan untuk taman awam dan kawasan lapang di taman perumahan untuk kegunaan penduduk tempatan dan orang ramai

Unit-unit dalam Bahagian Taman & Rekreasi

Unit Semaian
Unit Penyelenggaraan
Unit Pembangunan
Unit Pentadbiran
Unit Kecil Kajian/Rekabentuk

STRATEGI BAHAGIAN(1998)

1. Menghasil dan menyediakan sendiri sekurang-kurangnya 70% bahan-bahan tanaman untuk kegunaan Majlis dan agensi lain yang diperlukan untuk kerja-kerja pengindahan
2. Meningkatkan pengeluaran pokok annuals kepada 40,000 unit/bulan dan orkid se rta menggalakkan pasaran tempatan pengindahan pokok tersebut
3. Meningkatkan usaha untuk menyemai dan menanam pokok teduhan dan landskap secara menyeluruh bagi mewujudkan 'hutan kecil' di dalam bandar dalam tempoh yang singkat
4. Menambah dan mengubahsuai pengindahan di setiap pintu masuk ke bandar Alor Setar dengan landskap yang menarik terutama untuk tarikan pelancong untuk datang k Alor Setar
5.Bagi setiap projek pengindahan yang dilaksanakan, pengurangan kos di dalam kerja-kerja penyelenggaraan adalah diberi perhatian di samping dapat mengekalkan mutu pengindahan tersebut
6. Menggalakkan dan membantu agensi kerajaan, swasta dan orang ramai terutamanya pelajar sekolah bagi meningkatkan kesedaran pengindahan (landskap) melalui Program Bersih & Indah
7. Meningkatkan kemudahan dan memberi keselesaan jepada pejalan kaki di dalam bandar seperti menaikkan taraf pejalan kaki, penyediaan pondok/bangku rehat, pokok teduhan dan lain-lain perabot bandar
8. Menambah dan mempelbagaikan kemudahan riadah yang terdapat di taman-taman awam dan taman perumahan untuk kegunaan penduduk tempatan dan pelancong asing
9. Menggalakkan aktiviti pengindahan kepada penduduk tempatan melalui jualan pokok bunga Majlis secara subsidi atau dengan kadar harga yang murah
10. Meningkatkan program penanaman pokok-pokok untuk "edible landscape" di sudut-sudut tertentu di sekitar bandar

CADANGAN PROJEK UNTUK 1998

1. Tapak Semaian di Jabi dan Jeragan
Memperbaiki, membina tambahan rumah semaian, menambah ruang tapaki semaian dan meingkatkan struktur dan sistem penyiraman di tapak semaian. Memperbanyakkan semaian dan pembiakan pokok bunga untuk kegunaan Majlis dan dijual kepada orang ramai. Mengkaji dan mengenalpasti tapak semaian baru sebagai tambahan kepada tapak semaian sedia ada
2. Bekalan Alatan Kerja
Menambah jentera dan kenderaan dan bahan-bahan kayu, pasu bunga, getah, alat kecil pertanian terutama jenismekanikal untuk membantu kerja-kerja penyelenggaraan, baja dan lain-lain bagi mempertingkatkan mutu penyelenggaraan, produktiviti dan kualiti pengindahan.
3. Penyediaan Pokok Annuals dan Orkid
Menambahkan pengeluaran pokok orkid dan pokok bunga annuals daripada 20,000 pokok sebulan kepada 40,000 sebulan. Sebahagian daripada pokok tersebut akan dijual kepada orang ramai dan agensi kerajaan/swasta. Pengeluaran pokok orkid akan ditingkatkan menjdai 10,000 pokok.
4. Projek-projek Kecil Pengindahan
a) Membina, mengubahsuai dan menaikkan taraf alat-alat permainan kanak-kanak di taman perumahan secara kelompok dan kawasan lapang dijadikan taman mini
b) Memperbaiki dan mengubahsuai tanah-tanah lapang terbiar, simpang-simpang jalan/tebing sungai untuk ditanam pokok dan dijadikan kawasan rekreasi
c) Membina tempat pejalan kaki (pedestrian mall) daripada 'pavers' dan tempat rehat didalam kawasan bandar dan di taman-taman awam
d) Membina dan menaikkan taraf taman awam dan taman perumahan dengan menyediakan ruang untuk riadah yang mencukupi
e) Menyediakan perabot bandar yang mencukupi seperti bangku dan pondok rehat, "town map" dan menara jam untuk tempat-tempat yang tertentu dalam pusat bandar
f) Mengubahsuai kawasan Taman Jubli, Taman Kejiranan Peremba, Taman Rekreasi gGunung Keriang, Taman Persisiran Sungai Kedah dan Sudut Kecergasan Bakar Bata
g) Memperbanyakkan penanaman pokok teduhan/renik di dalam pusat bandar dan jalan-jalan utama ke bandar Alor Setar
h) Menambahkan pemasangan decorative compound lighting di sekitar bandar
i) Mengubahsuai dan mengindahkan persimpangan pintu masuk ke bandar Alor Setar dengan menyediakan "Soft hard landscpe"
j) Memperbaiki dan mengecat semula tembok "divider" di Lebuh raya Darul Aman, Jalan Sultan Badlishah dan Jalan Stadium
k) Memperbaiki kerosakan tempat pejalan kaki dan tempat rehat, alat-alat permainan kanak-kanak, pasu bunga dan lain-lain
l) Membina taman mini untuk edible landskap dan pembiakan pokok bunga yang berkaitan
m) Menanam pokok-pokok teduhan di kawasn lapang terbiar dan akwasan lapang taman perumahan untuk dijadikan bank pokok dalam tempoh 3 tahun
5. Penyelenggaraan secara kontrak
i) Meningkatkan perlaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan taman-taman awam secara kontark di taman berikut :
a) Taman Jubli perak
b) Taman Merdeka
c) Taman Rekreasi Gunung Keriang
d) Taman Persisiran Tanjung Chali
e) Taman Persisiran Jeragan
f) Taman Persisiran Sungai Kedah h) Taman awam yang diserahkan oleh pihak JPS
i) Taman Persisiran Alor Tok Pasai

ii) Melaksanakan kerja penyelenggaraan lampu taman secara kontrak di tempat-tempat berikut :
a) Taman Jubli Perak
b) Taman Merdeka
c) Taman Persisiran Tanjung Chali
d) Taman Persisiran Jeragan
e) Jalan Raja/Jalan Pekan Melayu
f) Taman Persisiran Sungai Kedah
g) Jalan Sultan Badlishah
h) Jalan Telok Wanjah
i) Tapak Semaian Majlis

iii) Melaksanakan kerja penyelenggaraan landskap di kawasan lapang Taman Perumahan seperti berikut :
a) Kawasan Lapang Zon I (5 Taman Perumahan)
b) Kawasan Lapang ZOn II (7 Taman Perumahan)
c) Kawasan Lapang Zon III (8 Taman Perumahan)

iv) Melaksanakan kerja penyelenggaraan landskap di jalan-jalan utama seperti berikut :
a) Jalan Langgar
b) Jalan Stadium
c) Lebuhraya Darulaman
d) Lebuhraya Sultan Abdul Halim
e) Jalan Sultanah
f) Jalan Kepala Batas

6. Bekalan Benih dan Anak Pokok
Menambahkan pembelian pokok-pokok buah-buahan, teduhan yang besar (instant), berbunga berbunga dan mempunyai bau (odour) untuk ditanam disekitar kawasan Majlis bagi projek pengindahan yang tertentu
Menambahkan koleksi benih pokok bunga (annuals), orkid dan edible landscape untuk hiasan dan landskap di sekitar bandar

7. Alat Permainan Kanak-kanak
Memperbaiki dan membina semula alat-alat permainan kanak-kanak untuk taman awam dan taman perumahan dari jenis besi G.I, "fibreglass' dan polyethelene yang lebih menarik dan sesuai untuk meningkatkan kualiti kemudahan riadah di taman perumahan

Belakang   Depan

[Menu Utama][Ahli Majlis][Pentadbiran][Menu Bahagian]