Bahagian Undang-undang

Piagam Pelanggan

Semua aktiviti penguatkuasaan undang-undang di bawah Akta dan Undang-undang Kecil yang digunapakai oleh Majlis akan sentiasa dipertingkatkan dan dikemaskini untuk memastikan agar tahap perlaksanaan semaksima mungkin. Tindakan penguatkuasaan dilaksanakan dengan adil dan tegas.

Pengenalan
Bahagian undang-undang Majlis Perbandaran Kota Setar diwujudkan dengan fungsi utamanya untuk menguatkuasakan undang-undang dan peraturan yang digunapakai oleh Majlis. Bahagian ini diketuai oleh seorang Pegawai Undang-undang yang bertindak sebagai Ketua Bahagian dan bertanggungjawab secara keseluruhan ke atas unit-unit di bawah pentadbirannya.

Objektif

Fungsi

Aktiviti

Bahagian ini mempunyai 4 aktiviti utama selaras dengan unit-unit yang ditubuhkan mengikut carta organisasi. Unit-unit tersebut adalah :

a) Unit Pendakwaan/Penggubalan
b) Unit Penguatkuasa
c) Unit Pentadbiran
d) Unit Jaga


LOGISTIK
Bahagian ini diuntukkan dengan tiga buah kenderaan seperti berikut :
a) Sebuah lori pengangkut (terbuka ) 3 tan
b) Sebuah pick-up
c) Sebuah van penumpang

Di bahagian pentadbiran pula dilengkapi dengan hanya dua buah komputer. Satu unit komputer ialah jenis 386SX yang telah ketinggalan zaman. Komputer ini digunakan oleh seramai 4-6 orang kakitangan.
Unit penguatkuasa juga dilengkapkan dengan 6 buah alat 'walkie-talkie' untuk tujuan komunikasi. Tiga buah lagi alat ini ditempatkan di dalam pejabat Ketua Bahagian Undang-undang, van penguatkuasa (KAA 9500) dan van MAjlis (KY 9700).

Beban tugas

Antara lain fakta-fakta berikut dijadikan asas rujukan :

Anggota Unit Penguatkuasa Majlis kini hanya ada 20 orang sahaja dan dua orang daripadanya ditugaskan membuat tugas pentadbiran. Jika dibuat analisa kasar nisbah antara anggota dengan beban tugas didapati :
a) 1:37 [PPR:Luas kawasan pentadbiran (km persegi)]
b) 1:18,444 [PP:Penduduk Daerah Kota Setar]
c) 1:9,444 [PPR:Penduduk Bandar Alor Setar]
d) 1:40 [Anggota Kumpulan:Taman perumahan]
e) 1:46 [Anggota Kumpulan:Restoran/kedai makan]
f) 1:52 [Anggota kumpulan:Gerai makanan]
g) 1:460 [Anggota Kumpulan:Petak TLK]

ISU DAN MASALAH

CADANGAN MENGATASI MASALAH

Pengambilan kakitangan baru perlu dibuat dengan kadar segera. Pengambilan kali ini hendaklah benar-benar memenuhi syarat kelayakan yang ada dengan bilangan yang mencukupi hingga mencapai ke angka 40 orang (minima).
Penambahan kakitangan di bahagian pentadbiran dan mereka mestilah dilatih dahulu. Alatan bantuan seperti komputer mestilah yang terkini dan mencukupi. Kakitangan yang terlalu sibuk dengan aktiviti luar seperti kegiatan persatuan, sukan dan sebagainya tidak dapat memberi tumpuan kerja yang cekap dan baik. Ini memandangkan kes yang ditreima meningkat dari hari ke hari dan tidak boleh tertangguh.
Tugas yang dibuat di bahagian lain seperti notis kompaun boleh dibuat oleh bahagian ini dengan menukarkan kakitangan berkenaan ke bahagian undang-undang. Ini akan memudahkan kawalan dan penyeliaan.
Unit penguatkuasa perlu dirombak. Unit ini hendaklah dipisahkan dari bahagian undang-undang dan diletakkan di bawah penyeliaan Ketua Bahagian tertentu di Majlis seperti Pengurusan perniagaan, Perkhidmatan Bandar dan Kesihatan Awam. Tindakan ini perlu kerana peraturan serta syarat dan penguatkuasaan dibuat sendiri oleh bahagian berkenaan. Bahagian undang-undang hanya akan bertindak sebagai badan pendakwa/penasihat kepada bahagian-bahagian lain di Majlis.

Belakang   Depan

[Menu Utama][Latarbelakang][Ahli Majlis][Pentadbiran][Menu Bahagian]