PERKHIDMATAN JUALAN DAN SEWAAN POKOK BUNGA

Berita baik untuk anda yang ingin mengindahkan kawasan persekitaran melalui perkhidmatan kami!

Sebagai satu usaha untuk menjadikan Alor Setar "Bandar Dalam Taman", Majlis Perbandaran Kota Setar (MPKS) kini menyediakan khidmat jualan dan sewaan pokok bunga kepada orang ramai.

Secara tidak langsung ini menggalakkan orang perseorangan, Jabatan Kerajaan dan pihak swasta untuk menghijaukan alam sekeliling dengan tumbuh-tumbuhan

Perkhidmatan ini bertujuan

Kami menyediakan pokok bunga yang subur, mekar dan menarik. Antaranya pokok teduhan, pokok palma, pokok renik, pokok penutup bumi termasuk tanah campuran

Anda boleh melihatnya di Tapak Semaian MPKS di Jabi dan Taman Persisiran Jeragan

Anda boleh memiliki pokok bunga ini sama ada melalui pembelian atau sewaan
a. pembelian Pokok Bunga
Sekiranya anda ingin memberli pokok ini, anda hanya perlu melawat tapak semaian MPKS untuk menentukan jumlah dan jenis pokok yang anda kehendaki. Anda boleh membuat tempahan pembelian secara bertulis (surat rasmi) atau datang sendiri untuk mengisi borang di Bahagian Taman & Rekreasi dan membuat pembayaran.
Kemudian, anda perlu menunjukkan resit pembayaran kepada penjaga di tapak semaian untuk mendapat bekalan pokok bunga

Kadar Bayaran

Kadarnya adalah berpatutan iaitu:
Pokok TeduhanRM6.00-RM15.00*
Pokok PalmaRM8.00-RM20.00*
Pokok RenikRM1.50-RM5.00*
Pokok Penutup BumiRM1.50-RM5.00*
Tanah CampuranRM1.00/beg

* Kadar harga adalah mengikut jenis dan ketinggian pokok.

Sewaan Pokok Bunga
Jika anda ingin menyewa pokok ini, anda perlu membuat tempahan penggunaan dengan menulis surat rasmi atau datang sendiri ke Bahagian Taman & Rekreasi selewat-lewatnya tiga hari sebelum penggunaan. Kemudian, anda perlu menjelaskan pembayaran selewat-lewatnya dua hari sebelum tarikh penghantaran

Untuk penyewaan pula, kadarnya adalah seperti berikut :

Sebagai seorang penyewa, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memelihara dan menyiram pokok-pokok tersebut semasa tempoh penyewaan. Seandainya anda ingin melanjutkan tempoh penyewaan, jangan lupa memaklumkannya kepada pihak MPKS terlebih dahulu. Kelewatan memulangkan pasu bunga pada masa yang ditetapkan akan mengakibatkan anda dikenakan bayaran tambahan

Belakang