BAHAGIAN KEMAJUAN
Pengenalan
Jabatan Kemajuan merupakan sebuah organisasi Majlis Perbandaran Kota Setar yang bertanggungjawab kepada pembangunan projek-projek Majlis serta menyediakan kemudahan prasarana (infrastukur) bagi pekan-pekan dalam daerah Kota Setar.
Oleh yang demikian Bahagian Kemajuan memainkan peranan sebagai jabatan yang mengawasi dan menyelenggara kerja-kerja yang berkaitan dengan kemudahan awam yang bukan di bawah agensi Jabatan Kerja Raya dalam kawasan pentadbiran Majlis.
Di bawah Bahagian Kemajuan terdapat 3 unit kejuruteraan yang bertanggungjawab untuk melaksanakan kerja-kerja supaya objektif Bahagian Kemajuan tercapai. Unit-unit tersebut adalah :
1) Unit Mekanikal & Elektrikal
2) Unit Kerja Awam
3) Unit Perparitan & Saliran
Objektif Bahagian
- Memaju serta menyelenggara aset-aset Majlis.
- Menentukan perancangan projek dan pembangunan pekan yang sempurna dan berkesan.
- Melaksanakan projek-projek infrastruktur dan sosio ekonomi Majlis setakat yang diizinkan oleh kedudukan kewangan Majlis.
- Meninggikan taraf pembangunan dan perkembangan sosio ekonomi penduduk di dalam kawasan pentadbiran Majlis.
- Memberi khidmat kemudahan awam seperti pondok perhentian bas, tandas awam, lampu-lampu jalan dan taman perumahan, lampu isyarat dan sebagainya.
- Mewujud dan melaksanakan suatu sistem kerja berpasukan yang bersih, cekap dan berkualiti.
Motto Bahagian
"Kualiti Asas Kemajuan" dengan memberi penekanan kepada budaya kerja yang berkualiti.
Fungsi Utama Bahagian
- Sebagai sebuah agensi dalam melaksanakan projek-projek di bawah tanggungjawab Majlis.
- Memberi khidmat kemudahan awam kepada masyarakat di bawah pentadbiran Majlis seperti kemudahan jalanraya, lampu-lampu jalan dan taman perumahan, menyediakan pondok perhentian bas dan sebagainya.
- Merancang dan melaksanakan projek-projek di bawah program peniaga-peniaga kecil seperti tapak Pekan Sehari dan Pasar Malam, Sudut Selera, Medan Selera, Taman Selera dan sebagainya.
- Mendirikan pasar dan rumah kedai untuk meningkatkan aktiviti perniagaan serta kegiatan sosio ekonomi.
- Merancang dan melaksanakan kerja-kerja pengindahan (hard landscape) dalam bandar dengan pemasangan lampu-lampu hiasan dan pancutan air.
- Menyediakan sistem perparitan dan saliran yang baik serta berkesan bagi menjamin kerbersihan alam sekitar dan kesihatan penduduk.
- Membantu agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam menentu dan memastikan perlaksanaan sesuatu projek di dalam kawasan Majlis.
- Menguruskan pembelian dan penyelenggaraan ke atas semua kenderaan Majlis.
- Mengawasi operasi dan penyelenggaraan Kompleks Sukan di Jalan Stadium.

[Menu Utama][Latarbelakang][Ahli Majlis][Pentadbiran][Menu Bahagian]