UNIT KAWALAN MUTU MAKANAN
Unit Kawalan Mutu Makanan telah diwujudkan di Majlis Perbandaran Kota Setar pada bulan Februari 1987. Unit ini terletak di bawah Bahagian Kesihatan Awam. Tanggungjawab unit ini adalah untuk menyelaras dan merancang program kawalan mutu makanan di peringkat Majlis Perbandaran Kota Setar.
Aktiviti yang dijalankan adalah :
- kawalan makanan keluaran tempatan/import;
- mengambil contoh makanan untuk dianalisa;
- mengawal perlabelan makanan;
- memberi perkhidmatan nasihat kepada pengusaha makanan/peniaga;
Di peringkat Majlis Perbandaran Kota Setar program ini dilaksanakan oleh Inspektor Kesihatan Unit Kawalan Mutu Makanan.
OBJEKTIF
- Objektif umum program ini adalah bertujuan melindungi pengguna dari bahaya kesihatan dan penipuan dalam penyediaan dan penjualan makanan
- Objektif khas adalah bertujuan mengawal makanan dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kota Setar supaya berkualiti, bersih dan bermutu
AKTIVITI
(i)KAWALAN MAKANAN KELUARAN TEMPATAN
- mengawas pengendalian, pemprosesan, penyimpanan dan pengangkutan makanan dalam keadaan bersih dan selamat melalui pemeriksaan dan persampelan
- memeriksa premis-premis pengeluaran makanan supaya tahap kebersihan dapat ditingkatkan lagi dari masa ke semasa
- menentukan makanan dikeluarkan dengan cara yang selamat dan betul
- mengesan, merampas, memusnahkan makanan yang merbahaya dan melanggar Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985
- mengambil tindakan undang-undang ke atas pengusaha-pengusaha/peniaga-peniaga yang melakukan kesalahan
(ii)MENGAMBIL CONTOH-CONTOH MAKANAN
- Mengambil contoh-contoh makanan untuk pengawasan supaya ianya mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985
- Membuat pemeriksaan fizikal ke atas makanan-makanan yang dipasarkan bagi mengawasi supaya kandungan dan keadaannya baik, bermutu, berkualiti dan selamat
- Menentukan mutu makanan dipatuhi oleh pengusaha makanan
- Menentukan supaya bahan-bahan yang membahayakan kesihatan tidak digunakan dalam perusahaan makanan
- Mengambil tindakan undang-undang ke atas pengusaha yang melanggar Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985
(ii)MENGAWAL PERLABELAN MAKANAN
- Memeriksa perlabelan makanan supaya dibuat mengikut peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan
- Memastikan perlabelan makanan tidak dibuat dengan cara untuk mengelirukan pengguna
- Memastikan makanan-makanan yang memerlukan penandaan taarikh dilabel dengan sempurna mengikut Akta Makanan 1985
(ii)MEMBERI KHIDMAT NASIHAT
- Memberi teguran dan tunjuk ajar kepada peniaga dan pengusaha makanan berhubung dengan perlabelan, keselamatan serta mutu makanan yang telah ditetapkan
- Memberi penerangan dan ceramah berhubung dengan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985
KESALAHAN-KESALAHAN YANG BIASA BERLAKU DALAM PASARAN
(i)ASPEK BAHAYA KESIHATAN
- Pencemaran industri dan alam sekitar
(ii)ASPEK PENIPUAN
PANDUAN MEMBELI MAKANAN BEKALENG
(i)SEBELUM MEMBELI
Elak dari membeli makanan-makanan yang berkeadaan seperti:
- Karat atau kakisan yang meluas
- Bonjol atau menggelembung
(ii)SEBELUM MEMAKAN
Elak dari memakan makanan-makanan yang berkeadaan seperti :
- KELIHATAN berbuih, pekat, berkulat atau berdadih
- RASA tangik, pahit dan berlainan dari biasa
APAKAH HAK ANDA SEBAGAI PENGGUNA
- Pastikan makanan yang anda beli berkualiti, bersih dan bermutu
- Pastikan makanan berkaleng tidak berkarat, menggelembung atau kemek
- Pastikan makanan yang dijual mempunyai tarikh luput
- Pastikan botol-botol minuman keras atau tin-tin/botol-botol minyak masak tidak diguna semula untuk mengisi makanan
- Elakkan dari membeli makanan yang mana pembalut atau bungkusannya
telah pecah ataupun terbuka
TINDAKAN
Sekiranya anda ingin membuat aduan, sila nyatakan butiran berikut :
CARA-CARA MELABEL PENANDAAN TARIKH
Tarikh akhir berkenaan dengan sesuatu bungkusan makanan hendaklah ditunjukkan mengikut salah satu bentuk berikut :
1) TARIKH AKHIR ATAU TH AKHIR
Contoh :
TARIKH AKHIR 31.12.97
TH AKHIR 31HB DIS. 1997
2) GUNA SEBELUM ATAU GUNA SBL
Contoh :
GUNA SEBELUM 31.12.97
GUNA SBL 31HB DIS. 1997
3) BAIK SEBELUM ATAU BAIK SBL
Contoh :
BAIK SEBELUM 31.12.97
BAIK SBL 31HB DIS. 1997
4) MAKAN SEBELUM ATAU MAKAN SBL
Contoh :
MAKAN SEBELUM 31.12.97
MAKAN SBL 31HB DIS. 1997
5) MINUM SEBELUM ATAU MINUM SBL
Contoh :
MINUM SEBELUM 31.12.97
MINUM SBL 31HB DIS. 1997
- Penandaan tarikh yang dikehendaki oleh Peraturan-peraturan Makanan 1985 hendaklah ditulis/cetak dalam huruf besar tebal dari tulisan bukan serif yang tidak lebih kecil daripada 6 pt
- Penandaan tarikh hendaklah jelas, terang, tidak mengelirukan dan hendaklah ditempatkan di tempat yang mudah dilihat
KEPERLUAN PERLABELAN PADA BUNGKUSAN MAKANAN
- Nama dan Alamat Lengkap Pembuat atau Pembungkus atau Pengimport
- Penandaan Tarikh (jika perlu)
- Isi padu/Berat Bersih Makanan
