Bahagian Perancang Bandar
- Keputusan kebenaran merancang untuk 4 unit
kediaman dan ke bawah akan diberikan dalam tempoh 8
minggu.
- Keputusan kebenaran merancang untuk kediaman
melebihi 4 unit, perniagaan, kegunaan awam,
keagamaan dan industri akan diberi dalam tempoh 12
minggu.
|
Diwujudkan pada tahun 1983 dengan seorang (1) Pegawai Perancang Bandar dan tiga (3) orang Juruteknik Perancang secara pinjaman daripada Jabatan Perancang Bandar Dan Desa Semenanjung Malaysia . Tugas utama pada masa itu adalah untuk facilitate perlaksanaan beberapa projek utama yang disyorkan di dalam Rancangan Struktur Kota Setar.
Bilangan staf pada tahun 1997 kini berjumlah 15 orang dengan pembahagian tugas kepada 4 unit utama iaitu :-
1) Unit Pelan Pembangunan / Projek Khas
2) Unit Kawalan Perancangan / GIS
3) Unit Projek
4) Unit Perkeranian
MATLAMAT DAN OBJEKTIF BAHAGIAN
Matlamat
Merancang dan mengawal pembangunan kawasan Perbandaran dengan mempertimbangkan sebaik mungkin aspek-aspek fizikal , sosial dan ekonomi sejajar dengan dasar Majlis dan Kerajaan Negeri serta menjalankan aktiviti - aktiviti perancangan selaras dengan Akta 172 (Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976).
Objektif
- Mewujudkan pembangunan-pembangunan yang teratur dan selesa yang dapat mempertimbangkan taraf sosio ekonomi penduduk.
- Mewujudkan pembangunan desa yang tersusun dan produktif serta disokong oleh pelbagai asas dan kemudahan masyarakat yang mencukupi.
- Mewujudkan satu sistem kawalan pembangunan yang berkesan selaras dengan kehendak dan dasar-dasar Kerajaan.
- Menggalakkan penggunaan tanah-tanah yang optima.
- Menentukan pembangunan sektor industri secara teratur dan terkawal.
- Menggalakkan dan memudahkan penyediaan unit-unit kediaman yang mencukupi dan mampu dimiliki oleh setiap golongan penduduk.
- Mempertingkatkan persekitaran fizikal seimbang dengan pembangunan untuk menjamin keselesaan dan kesejahteraan.
- Mempastikan sistem-sistem pengangkutan masyarakat dan kemudahan awam mencukupi seimbang dan sebaik mungkin.
PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG
FUNGSI BAHAGIAN
UNIT PERANCANGAN PEMBANGUNAN
UNIT KAWALAN PERANCANGAN / GIS
UNIT PROJEK
UNIT PERKERANIAN
UNIT PERANCANGAN PEMBANGUNAN
- Menjalankan penyelidikan terhadap masalah dan isu-isu perancangan serta pembangunan semasa.
- Menjalankan kajian Rancangan Struktur dan kajian semula bersama Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa dan memastikan dasar-dasar Rancangan Struktur dilaksanakan sepenuhnya.
- Menyediakan Rancangan-Rancangan Tempatan selaras dengan dasar-dasar Rancangan Struktur.
- Menyediakan Pelan-Pelan Pembangunan bagi kawasan-kawasan dalam pentadbiran Majlis.
- Menyelaraskan kerja-kerja penyelidikan yang dijalankan oleh pihak Perunding.
- Menguruskan data dan maklumat perancangan.

UNIT KAWALAN PERANCANGAN / GIS
Unit ini merancang dan mengawal kegunaan tanah supaya lebih berkesan dan sistematik berpandukan kepada dasar-dasar Rancangan Struktur Kota Setar, Kerajaan Negeri dan MPKS. Unit ini bertanggungjawab memproses perkara-perkara berikut :-
- Permohonan Kebenaran Merancang (Pelan Tataletak).
- Permohonan Tanah Kerajaan.
- Permohonan Bangunan Baru/Tambahan.
- Kajian Gunatanah dan penyediaan cadangan pelan-pelan perkawasan dan tataletak.
- Menguruskan Sistem Maklumat Fail.
- Permohonan Lesen Berniaga Sementara / Kilang Beras.
- Menamakan nama-nama bangunan,taman dan jalan bagi taman-taman perumahan ,komplek perniagaan dan kawasan perindustrian / perusahaan.
- Pengumpulan dan penyetoran data-data asas mengenai perancangan fisikal dalam kawasan Bandar Alor Setar bagi tujuan rujukan.
- Menyediakan pelan-pelan maklumat kawasan MPKS iaitu pelan lokasi taman-taman perumahan dan kampung, pelan jaringan jalan-jalan dan pelan pusat bandar untuk panduan orang ramai.
- Menyediakan bahan untuk taklimat dan pameran.
- Menyelaraskan perlaksanaan Rancangan Struktur Kota Setar dan Rancangan Tempatan Alor Setar- Kuala Kedah dan lain-lain pelan pembangunan.
- Stok bahagian dan penyelenggaraan peralatan.
- Lain-lain tugas yang diarahkan.

UNIT PROJEK
- Bertanggungjawab di dalam penyediaan pelan-pelan cadangan untuk sebahagian daripada projek-projek khas majlis yang meliputi pengindahan bandar, rekreasi, penjaja, pasar dan perancangan/pembangunan tanah-tanah Majlis sendiri. Cadangan yang disediakan adalah pelan tataletak, perspektif dan anggaran kos.
- Mengadakan pamplet/risalah penerangan mengenai tempat-tempat menarik dan dalam kawasan Kota Setar.
- Menyediakan bahan untuk taklimat dan pameran.

UNIT PERKERANIAN
- Menguruskan semua fail-fail Bahagian Perancangan.
- Menguruskan laporan-laporan dan buku-buku rujukan.
- Lain-lain meliputi pekeliling dan arahan pejabat.
- Lain-lain tugas yang diarahkan.

PRESTASI BAHAGIAN (1996/1997)
RANCANGAN PEMBANGUNAN
- Mengadakan Pameran Draf Rancangan Tempatan Alor Setar - Kuala Kedah.
- Menganalisa bantuan awam.
- Mengadakan mesyuarat Penyiasatan Tempatan.
- Membuat pindaan Rancangan Tempatan Alor Setar dan Kuala Kedah.
- Kajian sosio ekonomi setinggan Bandar Alor Setar.
- Mengadakan taklimat kepada Jabatan-Jabatan dan Institusi Pengajian Tinggi.
- Cadangan Kemudahan sukan dan rekreasi kepada penduduk dalam kawasan MPKS.
- Cadangan stesen Bas Baru di Langgar.
- Cadangan padang bola dan dewan serbaguna di Kuala Kedah.
- Cadangan pusat perniagaan Pokok Sena.
KAWALAN PERANCANGAN / GIS
- Memproses permohonan kelulusan perancangan sehingga mendapat kelulusan rasmi dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh permohonan. Kemajuan proses permohonan kelulusan perancangan di antara Jan 1996 hingga April 1997 adalah:-
| PERMOHONAN | LULUS | TOLAK |
Bilangan | 113 | 18 | 15 |
Jumlah Unit | 4,671 | 874 | 1,323 |
|
- Menyediakan senarai kemajuan fail-fail/permohonan yang diproses oleh bahagian ini tiap-tiap bulan.
- Mengemaskini 40 keping 'Charting Sheet' yang menunjukkan kemajuan semua permohonan-permohonan ubah syarat/pecahan sempadan dalam Daerah Kota Setar di peringkat MPKS dan majlis Mesyuarat Kerajaan.
- Mengemaskini pelan-pelan tataletak kawasan yang menunjukkan pecahan tanah bagi lot-lot yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri berjumlah lebih kurang 900 unit.
- Menyediakan 'Pressure Map'(Pelan Matlamat Pembangunan) bagi Bandar Alor Setar untuk kegunaan Pentadbiran Majlis.
- Memproses 227 permohonan mendirikan bangunan, 53 permohonan tanah kerajaan serta 7 permohonan untuk mendapatkan lesen perniagaan /perusahaan dalam jangkamasa tidak melebihi (15) hari dari tarikh penerimaan daripada pihak berkenaan.
- Melayani lebih kurang 2,500 pertanyaan orang ramai.
- Penamaan jalan dalam taman perumahan ( 50 taman sedia ada dan taman baru ).
- Menyediakan base pelan GIS bagi pusat bandar Alor Setar seluas 10.5 km persegi.
- Menyiapkan borang input data fail kebenaran merancang dan format komputer ( data base ) untuk tujuan komputerisasi.
- Digitise lot-lot persisiran Sungai Kedah dari Bandar Alor Setar ke Kuala Kedah untuk GIS.
UNIT PROJEK
- Pelan tataletak pusat bandar Alor Janggus.
- Kenalpasti tapak pusat Bandar Pokok Sena.
- Pusat perniagaan dan Taman Selera Pelangi, Jalan Kuala Kedah (batal).
- Kajian penempatan semula pasar sehari Bukit Pinang.
- Kajian penempatan semula pasar Bukit Pinang.
- Menyediakan inventori permohonan Tanah Kerajaan.
- Menyediakan inventori hartanah MPKS.
- Projek penempatan semula Medan Selera Simpang Kuala di Jalan Alor Mengkudu.
- Taman Selera Jalan Datuk Kumbar.
- Penempatan semula penjaja dan pasar malam Taman Pelangi, Jalan Kuala Kedah.
- Taman Selera Taman Tunku Hosna, Tanjung Bendahara.
- Taman Selera Raden, Mergong.
- Menyediakan bahan taklimat untuk lawatan :-
a) Y.B Dato'Haji Abdullah Hasnan b. Kamaruddin.
( Projek Pengindahan dan Kebersihan )
b) Y.A.B Menteri Besar Kedah.
( Projek-Projek Khas )
- Membantu penyediaan gambar foto untuk Kempen Bersih Dan Indah.
- Pemuliharaan rumah kedai lama kawasan jalan Langgar/Jalan Tunku Ibrahim.
- Kajian tanah-tanah terbiar sekitar Menara Alor Setar untuk projek pembangunan lanskap dan pengindahan.
- Penyediaan pelan tataletak, perspektif dan pelan bangunan semula setinggan Kampung Batin.
- Menyelaras penyediaan tapak logi kenderaan berat dan logi bas ekspres di Jalan Tunku Abdul Rahman Alor Setar.
- Projek landskap pintu masuk Bandar Alor Setar.
- Menyediakan carta organisasi sediada dan cadangan tahun 2005 MPKS dalam bentuk grafik komputer.
- Pelan Tindakan Kuala Kedah.
- Penempatan semula Pelantar Bot Kuala Kedah.
- Facilitate pengambilan tanah untuk jalan-jalan masuk ke projek-projek swasta.
- Penswastaan pondok-pondok bas dengan Parisign Sdn. Bhd. Penyediaan draf perjanjian.
- Pindaan pelan tataletak pembangunan Taman Kejiranan Peremba, Kundor dan Derga.
- Air terjun Alor Bakar Bata.
- Air terjun "Di sini Mulanya Alor Setar".
Akta yang digunapakai
- Akta Perancang Bandar & Desa tahun 1976, Akta 172 dari Bahagian 1-9
- Pindaan Akta 172, Akta A933
- Akta 133, Akta Bangunan, Parit dan Jalan
- Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan

[Menu Utama][Latarbelakang][Ahli Majlis][Pentadbiran][Menu Bahagian]