BAHAGIAN KEMAJUAN


Pengenalan

Jabatan Kemajuan merupakan sebuah organisasi Majlis Perbandaran Kota Setar yang bertanggungjawab kepada pembangunan projek-projek Majlis serta menyediakan kemudahan prasarana (infrastukur) bagi pekan-pekan dalam daerah Kota Setar.

Oleh yang demikian Bahagian Kemajuan memainkan peranan sebagai jabatan yang mengawasi dan menyelenggara kerja-kerja yang berkaitan dengan kemudahan awam yang bukan di bawah agensi Jabatan Kerja Raya dalam kawasan pentadbiran Majlis.

Di bawah Bahagian Kemajuan terdapat 3 unit kejuruteraan yang bertanggungjawab untuk melaksanakan kerja-kerja supaya objektif Bahagian Kemajuan tercapai. Unit-unit tersebut adalah :

1) Unit Mekanikal & Elektrikal
2) Unit Kerja Awam
3) Unit Perparitan & Saliran

Objektif Bahagian
  • Memaju serta menyelenggara aset-aset Majlis.
  • Menentukan perancangan projek dan pembangunan pekan yang sempurna dan berkesan.
  • Melaksanakan projek-projek infrastruktur dan sosio ekonomi Majlis setakat yang diizinkan oleh kedudukan kewangan Majlis.
  • Meninggikan taraf pembangunan dan perkembangan sosio ekonomi penduduk di dalam kawasan pentadbiran Majlis.
  • Memberi khidmat kemudahan awam seperti pondok perhentian bas, tandas awam, lampu-lampu jalan dan taman perumahan, lampu isyarat dan sebagainya.
  • Mewujud dan melaksanakan suatu sistem kerja berpasukan yang bersih, cekap dan berkualiti.

Motto Bahagian

"Kualiti Asas Kemajuan" dengan memberi penekanan kepada budaya kerja yang berkualiti.

Fungsi Utama Bahagian

  • Sebagai sebuah agensi dalam melaksanakan projek-projek di bawah tanggungjawab Majlis.
  • Memberi khidmat kemudahan awam kepada masyarakat di bawah pentadbiran Majlis seperti kemudahan jalanraya, lampu-lampu jalan dan taman perumahan, menyediakan pondok perhentian bas dan sebagainya.
  • Merancang dan melaksanakan projek-projek di bawah program peniaga-peniaga kecil seperti tapak Pekan Sehari dan Pasar Malam, Sudut Selera, Medan Selera, Taman Selera dan sebagainya.
  • Mendirikan pasar dan rumah kedai untuk meningkatkan aktiviti perniagaan serta kegiatan sosio ekonomi.
  • Merancang dan melaksanakan kerja-kerja pengindahan (hard landscape) dalam bandar dengan pemasangan lampu-lampu hiasan dan pancutan air.
  • Menyediakan sistem perparitan dan saliran yang baik serta berkesan bagi menjamin kerbersihan alam sekitar dan kesihatan penduduk.
  • Membantu agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam menentu dan memastikan perlaksanaan sesuatu projek di dalam kawasan Majlis.
  • Menguruskan pembelian dan penyelenggaraan ke atas semua kenderaan Majlis.
  • Mengawasi operasi dan penyelenggaraan Kompleks Sukan di Jalan Stadium.

Belakang   Depan

[Menu Utama][Latarbelakang][Ahli Majlis][Pentadbiran][Menu Bahagian]